sekolah dah nak mula

tak lama lagi sekolah dah nak mula......nampak gaya makin sibuklah aku dengan kerja ..........harap ada masa untuk hobi aku ni........Ahad ni nak pergi Kinokuniya di KLCC... nak cari buku craft......harap dapat jumpa buku yang best2.......

Tempat simpan Felt


Seronoknya.....hari ni aku dapat bungkusan yang mengandungi felt...macam-macam color ada, felt tu aku dapat dari http://handcrafttutorial.blogspot.com/ .....terima kasih Pat........tak sabar rasanya nak mulakan projek doll....idea dah ada...(tapi bukan ori punya ideala...tgk somebody else punya idea .....nak cuba buat....) kat mana aku nak simpan felt tu......tiba-tiba terpandang bekas mainan yang suami beli untuk aku simpan kain.....TING!!!Idea dah keluar.........oraitlah tu....letak sebelah dengan buku crafty aku.......

Vintage dress di pasar malam...

Biasanya bila aku pergi ke pasar malam....aku tak pernah singgah di gerai bundle, entah macamana..tiba-tiba tergerak hati nak tengok ......gerai bundle ni banyak jual pakaian wanita....belek punya belek...banyak benda menarik yang aku jumpa.....seronoknya....corak fabrik memang best jika minat retro atau vintage design...tapi, tak semua pakaian tu nampak cantik tetapi jika recyle untuk hasilkan bahan lain memang best.........harganya murah sangat222......nak tahu harganya?????RM5.00....percaya tak??? Aku pun terkejut....






Dress yang aku beli.....memang cantik(pandangan mata akulah), belum pernah dipakai lagi...(orang yang menjual bagitahu...tak tahulah betul atau tidak) cuma butang aje tak ada...... sayangnya saiz S..... tapi sebab cantik sangat aku beli juga.....mungkin boleh bagi kat anak saudara aku.....

Summer Hat

Semasa merayau-rayau kat kedai buku dengan anak, terjumpa satu majalah dari Jepun.....best jugak isi kandungannya.... tengok gambar ajelah, sebab aku ni manalah faham tulisan Jepun .....macam-macam idea boleh buat........memandangkan aku masih baru dalam jahit menjahit ni....aku nak belajar buat topi dahulu, nampak macam senang.......l


muka depan majalah.....


mula-mula aku tekap draft yang ada dalam majalah tersebut, kemudian gunting......



lakar pada "pelapik" untuk kolar baju.....pastikan jenis pelapik yang tidak terlalu keras dan yang melekat pada kain bila digosok....pelapik tu perlu dilipat dua sebelum dilakar....



pelapik yang telah digunting.......




gosok pada fabrik......


cantumkan kedua dua bahagian yang sama dan jahit......




rupa kain yang telah dijahit...



pastikan semua bahagian yang telah dipotong, dicantumkan....diterbalikkan (kecuali bentuk bulat) dan di gosok....



bahagian rangka topi yang telah siap dijahit dan digosok .......


jahitkan atau cantumkan bahagian hujung (yang paling panjang) seperti di atas



pinkan bahagian bulat tadi dengan bahagian yang telah dicantumkan tadi....(ini adalah rangka atas topi)

rangka topi yang telah siap dipinkan.......proses menjahit....



rangka yang telah siap dijahit......



terbalikkan rangka topi tadi seperti diatas........



rupa di dalam topi tersebut....



untuk bahagian bawah pula.......



pinkan kedua bahagian yang berasingan tadi....




kemudian pinkan pada keliling rangka topi tadi....jahit atau cantumkan........perlu berhati-hati....



rupa topi yang telah siap dicantumkan.....




inilah topi yang pertama aku jahit................

Pinky Owl

Setelah mencuba berulang kali, akhirnya aku berpuas hati kerana dapat menghasilkan owl yang nampak kemas, seimbang (itu yang penting) dan comel......so aku naklah berkongsi idea bagaimana nak menghasilkan softie owl.......



mula-mula, potong 2 kepingan bentuk badan (kain) dan 4 kepingan sayap (felt) seperti di atas......saiz bebas..... kemudian cantumkan 2 kepingan badan dan sayap tadi......



selepas itu....masukkan kedua belah sayap tadi seperti di atas....(maaf aku tak dapat tunjuk proses awal membuatnya kerana masalah teknikal)



terbalikkan kain tersebut.....beginilah rupa owl yang belum siap.....perhatikan di bahagian atas owl tadi.....aku telah lipatkan untuk membentuk paruh burung hantu...jahit hujung beak/paruh itu pada badan burung.....



untuk bahagian tapak, gunting dalam bentuk bulatan mengikut saiz bawah badan burung tadi......



pinkan di sekeliling badan owl tadi....



rupa yang telah siap dijahit......proses untuk memasukkan poly fill ke dalam badan...



nampak tak berapa elok kan??? Agak susah nak dirikan...so, aku potong satu kad board yang agak keras mengikut saiz tapak tadi....



sebelum tu...keluarkan sedikit poly fill tadi.....masukkan kad board ke dalam badan burung tersebut....dan jahit......



untuk mata, aku guna butang baju sahaja...jahit pada kedua bahagian antara paruh burung tadi, kemudian tarik dengan agak kuat dan matikan jahitan .......seperti di atas.......



rupa owl yang dah siap...perhatikan bahagian tapak......nampak seimbang dan kemas.....



untuk sayap boleh juga di jahit pada badan seperti contoh di atas....tapi yang aku tunjuk ni, aku hanya pinkan sahaja......untuk beak pula.....potong bentuk titisan air kemudian gamkan sahaja seperti contoh di bawah...




pandangan sisi..........



antara projek owl yang aku buat......Loop dan Purple have a new family................

Jahitan insang pari


Buku ni sangat berguna untuk sesiapa yang ingin belajar teknik-teknik asas jahitan sulaman...jarang jumpa buku craft dalam versi Bahasa Malaysia.....tapi sayang , buku ni bukan aku punya....pinjam dari pusat sumber sekolah untuk photocopy.....walaupun salah tapi apa boleh buat sebab buku ni dah tak ada di mana2 kedai buku....kalau ada sesiapa terjumpa buku seperti ni sila bagitahu .......Dulu aku ada tapi dalam versi bahasa cina, bagi pinjam kat anak murid terus lesap..........emmmmmmmm

Amigurumi Ball

Azam tahun depan......(ada 8 hari lagi) salah satu daripadanya nak belajar crochet dan knitting...... susah betul bila baca panduan ...decreased.. round..turn...single...double dll lagi.....pening kepala aku......hehehe....nasib baik ada youtube.......untuk permulaan aku belajar yang paling simple, bagaimana nak buat bola Amigurumi...... yang mana baru nak belajar bolehlah check this web.............http://www.hookandneedles.com



permulaan yang agak bagus.......kena berusaha lagi...............
taruk mata dah jadi monster .......macam Oscar dalam sesame street tak....coz the green yarn ......

Whopsie Daisy

Aku suka buat doll atau softie toys.....sebab nampak comel dan tak perlu banyak masa untuk siapkan......


mula-mula gunting bentuk kepala dan kaki...kemudian jahit keliling bentuk tersebut.... terbalikkan dan masukkan poly fill ke dalam kaki.............



cantumkan kaki dengan kepala seperti di atas....perlu diingatkan..kaki perlulah dimasukkan ke dalam kepala dahulu sebelum dijahit....



terbalikkan dan masukkan poly fill ke dalam kepala....untuk muka pula.......



gunting kepingan felt seperti di atas dan jahit bahagian mata, hidung dan mulut menggunakan benang sulaman



lekatkan bahagian muka tadi pada kepala dengan jahitan insang pari.....



dengan menggunakan teknik crochet...kaitkan bentuk kelopak bunga pada keliling kepala tadi ....



dah siap...........



boleh digantung di dalam kereta atau pun di dalam almari pakaian...poly fill itu boleh di campurkan dengan wangian potpuri.................