Si Tikus

Cubaan pertama nak buat soft toy......yang ni aku tak ada tiru mana- mana buku craft.....saja-saja cuba.....jenuh jugak nak fikir macamana nak bagi nampak macam tikus.....mula-mula tu aku lakar idea dulu, bagaimana rupa tikus...sampai nak tidur pun dok fikir lagi.....emmmmmmmmm


Rupa asas bahagian tikus.....no. yang tertera pada kertas tu adalah bilangan yang perlu ada....lakar pada kain kemudian gunting.......


untuk ekor tikus, aku guna tali parcell (yang kita ikat pada kotak bila nak pos bungkusan) ..simpul pada hujung tali kemudian masukkan ke dalam bahagian badan kain ....


Bahagian yang aku tanda dengan pensil tu adalah bahagian yang tidak perlu dijahit dahulu kecuali bahagian bawah...itu nak masukkan ekor tikus......


rupa bahagian yang telah dijahit....perhatikan bahagian atas tiada jahitan benang kerana itu adalah bahagian yang akan dimasukkan telinga....


selepas itu cantumkan pula pada bahagian yang ketiga....


jahit lagi.........................



macam nilah rupa badan tikus apabila dicantumkan....nampak tak ekor tikus yang terkeluar tu....


bahagian terakhir....cantumkan bahagian bawah badan tikus......


terbalikkan bahagian yang telah dijahit tadi......


bahagian telinga tikus.........


masukkan stuffing ( aku tak tahu nama benda tu) ke dalam telinga tikus dan jahit supaya tidak terkeluar....jangan masukkan terlalu banyak sangat....agak-agak aje...

bahagian badan jugak......( boleh beli bahan ni dikedai peralatan menjahit......diguna untuk isi dalam bantal tidur atau kalau ada soft toy yang dah rosak, belah aje bahagian badan dan ambik isi didalam.....kitar semula..hehehe)




setelah diisi "stuffing" tadi.....macam nilah rupa tikus



jahit bahagian bawah dengan kemas.......dan jangan lupa jahitkan telinga tadi pada bahagian atas.......untuk mata boleh guna sequin ataupun butang yang berwarna gelap.....felt juga boleh diguna.....



0 comments:

Post a Comment