Miss my sewing machine

Dah lama tak tulis blog or post any project that I have done.................mungkin cuti CNY , i have time to do or make something..........miss my sewing machine.....:)

Mace-mace

on the way nak balik rumah singgah sekejap kedai jahitan.....beli gunting mata gerigi (tak tahu apa namanya)dan loop turner dan.....entah apa namanya.... ....gunting RM38.00, loop turner RM3.00 dan satu lagi RM1.50.Budget nak beli roller cutter tak tercapai lagi.......duit tak cukup!!


minggu lepas pi Daisho.....suka pergi kat sana....ada macam-macam benda yang menarik, harga pun murah aje....satu item RM5.00 sahaja...


Fabrik scrap yang aku dapat pada minggu lepas....seronoknya....comel2 designnya....dapat button free pulak....thanks Kelly.....minggu ni tunggu fabrik yang baru pulak...idea dah ada tapi aku sekarang ni sibukla......

flower 2

memandangkan sekolah dah bermula.....masa untuk crafty agak terhad......tapi aku luangkan juga masa untuk buat benda-benda crafty yang kecil.....sesuai untuk buat pin rambut,brooch atau pengikat rambut....



gunting kain seperti di atas...aku guna japanese linen untuk buat bunga button.....saiz ikut suka....


lipat dua kemudian jahit....kalu nak masukkan poly fill boleh jugak tapi jangan banyak sangat.......susah nak jahit nanti.......



tarik......seperti ini..........lepas tu jahit mati.....


kumpulkan kelima-lima kelopak bunga tadi......


jahit kesemua kelopak tadi...rapat-rapat, sambil tu betulkan kelopak yang nampak tak berapa kemas...............untuk bahagian tengah........


tutup/jahit dengan butang........



bahagian belakang pulak , tutup dengan kain felt yang berbentuk bulat....(aku gamkan sahaja)



kain yang berlainan tekstur memberi kesan yang berlainan...untuk kain linen tadi bunga tu nampak agak kasar dan keras....bunga yang kat atas ni aku guna kain chiffon silk....so...bunganya nampak lembut dan gebu.....kainnya jarang so aku buat dua layer..........

Paper Mache



Projek lama aku......(2000) menggunakan surat khabar lama atau kertas kitar semula..........nak buat memang senang hanya perlu guna:

1.kertas surat khabar atau apa2 saja kertas lama yang dah tak nak, kemudian koyakkan kepada cebisan-cebisan kecil dan rendamkan ke dalam air...tujuan untuk melembutkan kertas tadi...

2.selepas kertas itu lembut(mengambil masa dua hari atau lebih untuk direndam )jikalau anda tidak mahu menggunakan blender......(tujuan untuk menghaluskan dan melembutkan lagi kertas )tapiskan dari air.....

3.campurkan gam PVA (boleh dapat dimana2 kedai alatulis...botol berwarna kuning...ada tulisan PVA)gaulkannya....macam buat roti.....

4.bentukkan apa sahaja shape atau design yang anda fikir menarik....bila kering , bolehlah di catkan dengan warna ....aku pakai warna putih untuk cat dinding sahaja....

5.bila dah siap bolehlah diframekan.....senangkan............


ps:bila dah lama....habuk akan melekat.....guna vakum atau berus cat untuk membersihkan permukaan design tersebut...........

Lissa Doll

Hari ni nak cuba buat doll pulak....aku cukup suka dengan hasil kreativiti dari http://evangelione.blogspot.com/....dollnya cukup comel dan menarik dengan pakaian yang dipakai , tapi pattern doll yang aku nak buat ni, datang dari http://nuno-runo.blogspot.com/....
terima kasih kerana bagi download free pattern.........sesiapa yang nak belajar buat doll bolehlah melayari blognya...............


mula-mula potong mengikut saiz yang diberikan.....ini aku print dan tekap pada kain felt........



kemudian cantumkan dan jahit kesemua bahagian anggota badan doll itu....dan terbalikkan.......



masukkan poly fill ke dalam semua anggota tadi....tapi jangan terlalu banyak sangat.....



jahitkan atau tutup bahagian kepala yang disumbat dengan poly fill tadi sebelum di cantumkan kepada badan...


bahagian yang dicantumkan.............(bahagian belakang)


bahagian depan....kemudian cantumkan kesemua anggota badan yang lain.........


bentuk badan yang telah siap dicantumkan, kesian kaki besar sebelah.....................sekarang aku ada satu masalah......pakaian....aku memang tak pandai jahit pakaian......tapi aku cuba jugalah......



sebelum tu kena make up dulu......untuk mata , aku jahit sulam menggunakan benang coklat............pipi macam biasalah....aku sapukan dengan lipstik merah aku tu......tapi ada juga aku tengok dalam buku craft yang aku beli....diorg memang pakai blusher untuk merahkan bahagian pipi.......



banyak kali aku mengeluh sebab tak tahu macamana nak mula........akhirnya aku buat ala2 baju tube...tapi tak berapa cantik sebab nampak pelik.......


aku potong dua kepingan kain yang agak kecil (saiz lebar)tapi pastikan ukur panjang cukup untuk bahagian lengan.............jahit keliling kain tersebut....


cantumkan seperti di atas...................



masukkan ke dalam lengan tangannya dan tarik benang yang dijahit pada keliling kain tersebut supaya nampak "puffing".....jahitkan bahagian baju lengan tu pada badan supaya tidak terkeluar.....atau jatuh.....




ulang proses yang sama pada sebelah tangan yang satu lagi.....untuk rambut aku guna kain felt juga.......potong dua kepingan seperti di bawah.....satu untuk bahagian depan dan belakang....




jahitkan dan terbalikkan.....lekatkan pada kepala doll.....nampak kelakar sikitlah rambutnya...




so aku trim sikit....bagi tak nampak kembang sangat......maaf fotonya blur.....




dah siap..............Selamat mencuba........

first day

Hari pertama orientasi........aku tak faham satu patah perkataan pun apa yang cikgu sekolah tu bagitahu sebab dalam bahasa mandarin.....ingatkan ibubapa Melayu aje..rupanya ada juga ibubapa Cina yang tak tahu....


menunggu untuk dapatkan buku teks...........


tak sampai separuh hari, tocangnya dah tak ada.......nak kena potong rambut sebab peraturan sekolah kena rambut pendek atas kolar.....kesian anak aku , baru aje berangan nak simpan rambut panjang...............





Nasib baik beg ada tayar.....................banyak betul buku....zaman aku dulu tak ada sampai macam ni..............


First day untuk adik pulak....



nasib baik tak nangis...........happy aje, mungkin dapat main kot???

Bunga kain

Bagaimana nak hasilkan bunga dari fabrik kain.........ini semua aku belajar dari buku yang aku beli...mudah dan senang sahaja..............


potong kain seperti di atas....kalau nak bunga yang besar, saiznya perlulah besar.....dan sebaliknya.......


jahit jelujur pada keliling bulatan kain tersebut....................




tarik benang tersebut seperti di atas..........



kemudian bentukkan atau leperkan bulatan seperti di atas...............



cucukkan jarum berserta benang pada bahagian tengah bulatan tadi.......



tarik benang dan ulang proses tadi hingga ia terbentuk seperti bunga...........kemudian jahit butang pada bahagian tengah untuk menutup bahagian jahitan...........




dari bentuk bulatan....boleh menghasilkan bunga yang menarik..............selamat mencuba.....