Cup cake

Sempena Sambutan Hari Guru , Lissa telah meminta aku untuk menyediakan beberapa hadiah untuk diberikan kepada gurunya....untuk menjimatkan cost aku plan nak bagi cupcake yang dibuat sendiri kerana ianya lebih bermakna dan boleh diguna. So aku telah memintanya menyediakan senarai nama guru yang ingin diberikan.....biasanya kita akan menghadiahkan pada guru yang kita suka tetapi anak aku punya strategi ialah menghadiahkan kepada guru yang paling garang....bila ditanya kenapa??Jawapan yang diberi ialah supaya cikgu tu akan tersenyum.....agaknya cikgu tu susah nak senyum kot.....macam-macam budak zaman sekarang..........



Idea ni aku dapat dalam majalah Jepun... tetapi untuk bahagian bawah ianya menggunakan bekas acuan agar2....mahal pulak tu......so untuk menjimatkan duit sebab banyak jugak nak buat tu....(aku bagi tahu kat anak aku kena bagi semua guru) so aku beli bekas plastik yang kecil guna untuk menyimpan sos........ Mula-mula gunting kain dalam bentuk bulatan .....agak2 boleh menutup bekas plastik ini...




Jahit jelujur keliling kain tersebut dan masukkan bekas tadi ke dalam kain tersebut.....



kemudian tarik benang tadi supaya ianya menutupi bekas plastik ....pastikan ianya kemas dan matikan jahitan tersebut....


pandangan sisi........



proses yang sama jugak...potong mengikut saiz yang pertama tadi dan jahit jelujur kemudian masukkan polyfill ke dalam kain tersebut......ianya nampak lagi cantik bila diisi padat.....kemudian matikan jahitan tersebut....



sudah siap bahagian atas......sekarang untuk hiasan pula....




sebelum di cantumkan pada bekas tadi..... aku menghiasnya dengan sulaman simpul....sebenarnya macam idea yang boleh kita gunakan....samada menggunakan manik-manik yang berwarna warni atau boleh juga menggunakan kain felt untuk membentuk buah strawberry...


sulaman bunga ros.......



menggunakan kain polka dot untuk hasilkan buah strawberry............



untuk mencantumkan bahagian atas dan bawah....hendaklah dijahit antara kedua bahagian tersebut.....kalau malas bolehlah digamkan tetapi tak nampak berapa kemas..... aku lebih suka jahit .......



Dah siap......nampak sedap pulak cup cake ni......

Cuti dah bermula

rindunya....dah lama tak bukak blog.....bila dah start cuti sekolah ni.....baru ada masa untuk bukak blog.....cuti ni pun agak sibuk sikit sebab adik lelaki aku nak bertunang,,,,,so as kakak sulong kenalah tolong buat persiapan untuk barang-barang hantaran.......yang paling seronok mak akulah.....