Beg bekas air anak

hari ni nak pergi cari bahan untuk buat beg bekas air untuk anak aku....tak sabar rasanya nak mula....Okay aku dah dapat bahan2nya cuma tali untuk beg bekas air aje belum jumpa yang berkenan....


Apa yang aku perlu dua helai kain.....tak kisah nak bercorak ataupun tidak....ikut selera masing-masing...

Ukur lilit badan botol, ketinggian dan tapak botol......


Untuk tapak botol, aku lakar pada kertas dahulu kemudian pindahkan pada kain...

Lepas tu potong mengikut saiz kertas tersebut, tapi pastikan potong lebih dari bulatan tadi kerana bahagian yang hendak dijahit adalah bahagian yang dilukis dengan pensil..


Ukur ketinggian dan lilit badan botol tadi.....


Selepas itu gunting mengikut saiz botol....


Jahit kedua-dua helai kain tadi....


selepas itu masukkan pita langsir kebahagian tengah antara kedua-dua kain tadi....aku suka guna pita langsir sebab keras dan tahan lama.....kalu guna pelapik span, bila selalu cuci....pelapik span akan jadi reput dan menyebabkan beg botol air "out of shape".....



Bahagian badan botol sudah siap....jangan lupa jahitkan kedua hujung bahagian tersebut....

inilah rupa kedua-dua bahagian yang telah siap dijahit......


Cantumkan kedua-dua bahagian tadi....samaada pinkan ataupun jahit jelujur sahaja dulu supaya bila jahit dengan mesin, kedua bahagian tidak lari.....hehehe...macamlah ada kaki...


Macamnilah rupanya bila menjahit....perlu berhati-hati....



Dah siap................tunggu pasang tali sahaja....






yea......aku dah jumpa tali yang sesuai ngan beg bekas air anak aku....jahit pada kedua-dua bahagian beg tersebut.....panjang tali mengikut ketinggian anak......

0 comments:

Post a Comment