Pemenang bagi Peraduan Give Away

       Walau tak ramai menyertai Peraduan ini, tapi aku tetap happy kerana semuanya akan mendapat hadiah dari aku...walau ada yang menyertainya pada last minit...Seronok sangat bila time nak bagi hadiah ni..heheheh.


Pemenang Pertama : Mas

 Pemenang Kedua: Nida

 Pemenang Ketiga: Joel Leslie

 Pemenang Saguhati: Lady Wailin, Hana dan Adik Nor

Butang Sulam

 Butang yang telah dibalut dengan kain...prosesnya senang aje... bawak kain, pergi kedai..suruh orang kedai buatkan mengikut saiz yang kita nak..ada macam-macam saiz yang boleh dipilih...

 Contoh bagaimana nak menghasilkan motif sulaman daun menggunakan benang sulam..


mula-mula lakarkan dahulu bentuk daun pada butang tersebut...







contoh sulaman motif yang telah aku buat...

Anak murid aku...


 



 Tak lama lagi anak murid aku akan tamat belajar dan melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti..pastinya susah nak jumpa diorang lagi.. ..I'm going to miss them....!

Peraduan "Give away"

Selalu tengok blog2 yang kreatif bagi Give Away hadiah..dah lama aku nak buat macam tu..tapi tak tahu macamana..maksud aku, macamana nak pilih pemenangnya...Benda yang nak diberi banyak....tapi tak tahu nak buat macamana..


 Hadiah pertama
 
Hadiah Kedua

 


Hadiah Ketiga


Hadiah saguhati
(kain skrap pelbagai saiz sesuai untuk buat kraf yang kecik dan comel )


Setiap perkara mesti ada pertama kali kan...??So...pada sesiapa yang ingin memenangi hadiah "give away" ni anda hanya perlu mengikut syarat2 yang diberikan...(ini pun tiru idea dari blogger lain..hehehe..yang penting ikhlas nak bagi hadiah.....)

Syarat-syaratnya: 

1. Anda hanya perlu jadi  follower macam-macam

2. Listkan  http://macammacamjita.blogspot.com/  dalam bloglist anda..


3. Tinggalkan ID follower anda, serta links anda dan email di ruangan komen entri .

4. Contest ini akan bermula dari sekarang sehingga 25 November 2011 (12.00 malam).

5. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan nama...dan pastikan post gambar anda  
    bersama hadiah yang dimenangi.2 hadiah saguhati akan diberikan pada yang terpilih.

Senang ajekan..

Semua hadiah ini dibuat menggunakan hand stitch..sebab mesin jahit aku rosak..so...kalau nampak tak berapa kemas tu janganlah kutuk....lagipun  aku buat dengan perasaan penuh kasih sayang tau.. :)

Kasut baby

 
 Sedang syok membelek majalah kraf..terjumpa pulak artikel bagaimana nak menghasilkan kasut baby. Aku tengok gambar aje..baca tak reti..heheheh...maklumlah tulisan cina.Tapi tengok macam senang...siap ada template, tiru n gunting aje...tapi kalau nak download free template bolehlah check this blog  lhttp://www.heatherbaileydesign.com/Booties.html cuma bentuk kasutnya agak lain sikit...tapi comel!!

Template tadi di lakarkan pada kain....pastikan kain itu di lipat kepada dua bahagian..seperti di atas..kemudian gunting mengikut bentuk acuan/template  tadi..

                
rupa kain yang telah dipotong...pastikan setiap template ada dua kepingan yang sama saiz..


 terbalikkan kain tersebut dan tandakan bahagian yang akan dijahit lebih kurang 0.5cm..seperti contoh di atas


cantum dan jahit pada bahagian yang telah ditanda...kemudian buka bahagian tadi..seperti di atas dan gosok supaya senang untuk mencantumkan bahagian tapak pada badan kasut..

rupa bahagian depan 

rupa tapak kasut...tandakan bahagian tengah tapak tersebut...supaya senang apabila nak mencantumkan badan  kasut pada tapak..

begini cara untuk mencantumkan tapak pada badan..perhatikan bahagian yang ditanda tengah tadi ..
jahit keliling tapak tadi bersama dengan badan kasut..

rupa yang telah siap dijahit..

 bahagian atas

untuk bahagian dalam pula...gunting mengikut saiz  template  yang sama..

 jahit seperti proses yang pertama juga...

masukkan kain tersebut pada kasut yang telah siap tadi..seperti di atas..

 cantumkan dan jahit keliling kasut dengan  bahagian luar tadi...

seperti ini...

beginilah rupa yang telah disambung..kemudian cantumkan dengan tapak pulak...caranya sama macam proses yang pertama...


tetapi tinggalkan sedikit ruang yang tidak berjahit supaya mudah untuk masukkan bahagian luar ke dalam kasut nanti..
begini rupa apabila di terbalikkan atau dikeluarkan..

pinkan bahagian ruang yang ditinggalkan tadi dan jahit supaya nampak kemas...

kasut yang telah siap...

My Mini Poket Money Bag

Mini poket money bag...hari ni nak tunjuk cara yang paling mudah dan senang untuk hasilkan mini poket money menggunakan frame....tak perlu susah2 nak cari template...yang perlu hanyalah metal frame..

  
Mula-mula ukur saiz frame dan buat template berdasarkan saiz frame tersebut.Aku buat bulat aje..tapi kalau nak buat bentuk lain pun boleh...tapi yang penting..bahagian atas mesti mengikut saiz bentuk frame metal tersebut.

Ini adalah bentuk yang aku lukis...tak perlu bentuk yang susah sangat terutama bagi yang baru nak belajar buat. Bulat pun kuit jugak..lepas tu gunting kertas tersebut dan pindahkan pada kain yang dikehendaki..

Kain yang telah dipotong...bahagian dalam dan bahagian luar..Lain kali kena gosok dulu...tak elok pulak nampak dlm gambar...berkedut!!!

 
Tandakan di hujung frame pada kedua-dua bahagian kain tersebut...supaya kita tahu bahagian yang perlu dijahit ..dan juga bahagian yang perlu dilekatkan metal frame..


 Cantumkan kedua helai kain yang sama corak...jahit pada bahagian yang telah dilukis dan ditanda..rupa yang telah dijahit...


Apabila kain yang bercorak tu dimasukkan ke dalam kain kosong...jahitkan kedua bahagian tersebut...tapi pastikan kedudukan kedua bahagian ini sama..

 
  Pastikan tinggal ruang tak berjahit sedikit..supaya senang untuk menarik keluar kain yang bercorak tadi..

 
macam nilah rupanya bila ditarik keluar...yang tidak bercantum itu akan kita jahitkan atau lekatkan metal frame tadi

 
Pandangan tepi...seeloknya perlulah digosok supaya bentuknya nampak cantik dan kemas




 Letakkan  metal frame tadi..untuk pastikan saiz mulut beg tersebut sama lebar ngan metal frame tadi..pinkan keliling kain tadi supaya senang untuk menjahit



 

Nilah rupa yang telah siap dijahit....