Diri aku


Bila tengok dan baca blog orang lain teringin pulak nak buat blog sendiri....harap aku tak malaslah....bukan apa, kadang2 nak tulis blog ni nak kena ada mood....Jadi aku nak buat blog mengenai apa yang aku nak buat masa cuti sekolah atau bila datang angin gatal tangan, mulalah otak ni ligat nak buat macam2...aku memang suka buat craft terutama benda yang kiut2... dari kecik lagi suka buat benda sendiri...teringat masa kecik buat beg sekolah sendiri menggunakan kain lebihan mak aku...kadang2 tu member pun pelik tgk aku bawak beg lain dari org lain....yang penting aku suka . Kena tunggu habis exam STPM dulu (jadi pengawas)dan bereskan urusan keperluan peralatan anak untuk ke sekolah (masuk darjah satu) baru nak mula projek aku.....idea dah ada....aku nak buat bekas air untuk anak dan mak(akulah tu)...Masa anak aku 2 tahun hantar kat rumah org, so makanan tiap2 hari aku yang buatkan...kadang2 tu susah nak bawak dengan beg bajunya,bekas makanan, dgn baby lagi so aku pun dengan kreatifnya telah membuat satu beg bekas makanan yang khas untuknya......comel mcm anak aku...hehehe...Kebetulan semasa tengah mencari idea nak buat benda lain terjumpa satu blog ni yang ajar mcmana nak buat step by step beg bekas air ni...sapa2 yang minat nak buat dan nak jimatkan duit bolehlah cuba....http://pinkchalkstudio.com/blog/

0 comments:

Post a Comment