Semasa merayau-rayau kat kedai buku dengan anak, terjumpa satu majalah dari Jepun.....best jugak isi kandungannya.... tengok gambar ajelah, sebab aku ni manalah faham tulisan Jepun .....macam-macam idea boleh buat........memandangkan aku masih baru dalam jahit menjahit ni....aku nak belajar buat topi dahulu, nampak macam senang.......l

muka depan majalah.....

mula-mula aku tekap draft yang ada dalam majalah tersebut, kemudian gunting......

lakar pada "pelapik" untuk kolar baju.....pastikan jenis pelapik yang tidak terlalu keras dan yang melekat pada kain bila digosok....pelapik tu perlu dilipat dua sebelum dilakar....

pelapik yang telah digunting.......

gosok pada fabrik......

cantumkan kedua dua bahagian yang sama dan jahit......

rupa kain yang telah dijahit...

pastikan semua bahagian yang telah dipotong, dicantumkan....diterbalikkan (kecuali bentuk bulat) dan di gosok....

bahagian rangka topi yang telah siap dijahit dan digosok .......

jahitkan atau cantumkan bahagian hujung (yang paling panjang) seperti di atas

pinkan bahagian bulat tadi dengan bahagian yang telah dicantumkan tadi....(ini adalah rangka atas topi)

rangka topi yang telah siap dipinkan.......proses menjahit....

rangka yang telah siap dijahit......

terbalikkan rangka topi tadi seperti diatas........

rupa di dalam topi tersebut....

untuk bahagian bawah pula.......

pinkan kedua bahagian yang berasingan tadi....


kemudian pinkan pada keliling rangka topi tadi....jahit atau cantumkan........perlu berhati-hati....

rupa topi yang telah siap dicantumkan.....


inilah topi yang pertama aku jahit................