Beg kanvas

Bagaimana nak menghasilkan beg yang simple tapi nampak menarik terutama untuk anak-anak...Mula-mula sediakan kain kanvas atau setengah orang pakai kain belacu...pernah dengar tak?? kain kanvas ni aku beli di K**d*r......murah aje......



lipat dua....kemudian jahit kedua-dua bahagian.....kemudian jahit menyerong pada hujung kedua-dua belah kain tersebut....seperti gambarajah di atas........




lipat bahagian atas beg itu ke dalam, supaya nampak kemas......



untuk bahagian dalam pula....ini sebenarnya pilihan....kalu tak nak pun tak apa...tapi kalau letak nampaklah kemas ...ukur kain tersebut mengikut saiz beg tadi ....jahit kedua-dua bahagian seperti beg kanvas tadi.....



kain yang telah siap dijahit.....pinkan bahagian atas ....



masukkan kain tersebut ke dalam beg kanvas .....seperti contoh di atas...



pinkan bersama dengan beg.......tapi sebelum itu .....jahit dahulu tali pemegang beg tersebut...




untuk tali pemegang beg, masukkan dan pinkan ke dalam beg tersebut....



beginilah rupa tali yang telah dipinkan, kemudian jahit keliling beg itu ........




memandangkan beg ini khas untuk anak aku......aku bagi peluang untuk dia melakar dan mewarna beg tersebut mengikut idea kreativiti anak aku........




lakaran yang telah siap, seekor singa............menunggu untuk mewarna sahaja............. sebab itu aku pakai kain kanvas kerana boleh dilukis dan diwarna.....lagipun kain ni memang tahan lasak.....jika anak tersilap lukis....padamkan saja menggunakan eraser....




selepas siap diwarna....aku jahit keliling bentuk singa tersebut menggunakan benang sulaman ......supaya nampak timbul .......


1 comments:

Canberry said...

salam kak, sye nak tnye..yg nak warnakan tu guna ape?

Post a Comment