Beg Tye & Dye

Aku memang suka mengait..dari sekolah lagi suka tapi yang aku tahu buat, hanya tahu buat bunga sahaja, itupun kadang2 jadi, cuba belajar dari buku tapi bila nak mula buat , mulalah aku pening kepala sebab tak faham nak baca arahan....so....untuk menaikkan semangat , aku akan hasilkan beg crochet ......supaya bila aku tengok, aku akan berasa seronok dan ingin belajar.............


mula-mula ukur dahulu saiz yang dikehendaki....aku buat saiz kecik sahaja...ngam aje dengan ketinggian batang crochet.... gunting 2 kepingan kain seperti di atas... menggunakan kain Tye and Dye yang dihasilkan oleh aku sendiri....mungkin bila ada masa aku akan upload gambar bagaimana nak menghasilkan teknik Tye and Dye......





jahit keliling kain tersebut tetapi pastikan ada ruangan yang tidak berjahit untuk terbalikkan kain itu nanti.....




kain yang telah diterbalikkan....lipat di bahagian hujung kain sebagai poket untuk mengisi batang crochet tadi....perlu diingatkan ukur mengikut ketinggian batang crochet ......



tandakan setiap 1 cm dan gariskan dengan kapur kemudian jahit mengikut garisan yang ditanda....



beg yang telah siap di jahit.....perhatikan dibahagian hujung sana, ruangan saiz agak besar untuk dimasukkan gunting kecil....banyak ruangan kosong untuk diisi batang crochet....



jahit kedua-dua bahagian dengan butang.....boleh juga dihias dengan bunga crochet....(yang itu aku buat...:)



bahagian bunga itu aku saja biarkan tali terkeluar sebagai pengikat beg tersebut....


beginilah rupanya.....hanya perlu lilitkan pada butang sebelah....pastinya beg itu tidak akan terbuka....



inilah hasil beg untuk batang crochet.......kecil dan comel...boleh dimasukkan ke dalam poket seluar sahaja.....

1 comments:

lia said...

wow!simple but still cute.nice tutorial..

Post a Comment