Setelah mencuba berulang kali, akhirnya aku berpuas hati kerana dapat menghasilkan owl yang nampak kemas, seimbang (itu yang penting) dan comel......so aku naklah berkongsi idea bagaimana nak menghasilkan softie owl.......
mula-mula, potong 2 kepingan bentuk badan (kain) dan 4 kepingan sayap (felt) seperti di atas......saiz bebas..... kemudian cantumkan 2 kepingan badan dan sayap tadi......
selepas itu....masukkan kedua belah sayap tadi seperti di atas....(maaf aku tak dapat tunjuk proses awal membuatnya kerana masalah teknikal)
terbalikkan kain tersebut.....beginilah rupa owl yang belum siap.....perhatikan di bahagian atas owl tadi.....aku telah lipatkan untuk membentuk paruh burung hantu...jahit hujung beak/paruh itu pada badan burung.....
untuk bahagian tapak, gunting dalam bentuk bulatan mengikut saiz bawah badan burung tadi......
pinkan di sekeliling badan owl tadi....
rupa yang telah siap dijahit......proses untuk memasukkan poly fill ke dalam badan...
nampak tak berapa elok kan??? Agak susah nak dirikan...so, aku potong satu kad board yang agak keras mengikut saiz tapak tadi....
sebelum tu...keluarkan sedikit poly fill tadi.....masukkan kad board ke dalam badan burung tersebut....dan jahit......
untuk mata, aku guna butang baju sahaja...jahit pada kedua bahagian antara paruh burung tadi, kemudian tarik dengan agak kuat dan matikan jahitan .......seperti di atas.......
rupa owl yang dah siap...perhatikan bahagian tapak......nampak seimbang dan kemas.....
untuk sayap boleh juga di jahit pada badan seperti contoh di atas....tapi yang aku tunjuk ni, aku hanya pinkan sahaja......untuk beak pula.....potong bentuk titisan air kemudian gamkan sahaja seperti contoh di bawah...
pandangan sisi..........
antara projek owl yang aku buat......Loop dan Purple have a new family................
10 Unique Patchwork Alphabets to Sew
6 days ago
1 comments:
wow!cantik la softies bentuk owl ni.nak buat jg!!!
Post a Comment