Bunny

Bila dah mula menjahit ni macam-macam idea datang.....sementara sekolah belum bukak, ini aje masa yang aku boleh guna untuk menghasilkan bermacam-macam craft.......aku punya target....satu hari, satu craft....




anak aku memang suka binatang......kalu pergi kedai....toy shops mesti akan dilawati.....kadang-kadang tu geram jugak bila diminta dibelikan mainan ......dah banyak sangat mainan dalam biliknya....ini tak termasuk mainan (soft toys) aku masa kecik-kecik....harap-harap bila aku dah buat soft toy ni dia takan mintak belikan apa-apa lagi.......:)



lakarkan pada kertas dahulu kemudian lukis pada kain.....gunting mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.....sebab aku nak buat arnab...bahagian yang perlu ada telinga, kaki, tangan dan kepalabadan (digabungkan) serta poket.....



mula-mula lekatkan poket kain pada badan arnab.....seperti di atas



pinkan pada setiap bahagian supaya senang untuk menjahit



sementara itu jahit kemua bahagian anggota badan dan masukkan stuffing ke dalam anggota badan kecuali telinga arnab...jahitkan pada hujung telinga arnab seperti di atas...



masukkan kedua telinga tadi ke dalan kepalabadan arnab tadi...pinkan supaya tidak bergerak... kemudian masukkan kaki kedalam badan arnab, pinkan....contoh di atas, aku letak kaki diluar sebagai rujukan sahaja



pada mulanya aku nak masukkan kesemua anggota badan ke dalam badan arnab tapi tak boleh....susah sikit bila nak menjahit.....so kaki dan telinga sahaja dijahit bersama badan.....



rupa yang telah siap dijahit.....terbalikan kain tersebut.....alamak....susah pulak sebab kaki nya yang besar dan lubangnya yang kecik sangat......



kenalah di bukak pada bahagian tepi dengan lebih besar.......



akhirnya keluarlah telinga arnab serta kaki yang comel itu......



beginilah rupa arnab tadi....jahitkan kedua tangan pada badan arnab.........selepas itu masukkan stuffing ke dalam badan arnab......



gemuk betul arnab ni......




bahagian yang paling anak aku suka......melukis rupa arnab.....




rupa arnab yang telah siap dilukis....



jahit mata, hidung dan mulut menggunakan benang sulaman......berwarna coklat.......





untuk hati....gunting dan jahit menggunakan teknik sulaman pada sekeliling bentuk hati tersebut.....masukkan sedikit stuffing supaya nampak lagi comel....



masukkan hati kedalam poket badan arnab itu.......tengok!!!!happynya arnab ini......

0 comments:

Post a Comment