Beg serbaguna

macamana nak buat beg eco friendly atau beg serbaguna.....anda boleh guna apa sahaja material contohnya dari kain tuala, kain alas meja yang lama, kain kanvas dan sebagainya....yang pentingnya kitar semula..........no more plastic bag!!!!



mula-mula buat ukuran atau saiz beg yang kita kehendaki.....aku punya saiz beg ialah 20 X 30......nampak macam susah tetapi sebenarnya senang sangat.....lakar dahulu saiz dan bahagian-bahagian yang perlu dilipat dan dijahit....seperti contoh dibawah.........





tanda dan gariskan bahagian yang perlu dilipat nanti....


lipat dan cantumkan kedua bahagian, kemudian jahit pada hujung kain yang ditanda....



terbalikkan kain tersebut dan lipat pada hujung kain untuk membentuk tiga segi....seperti dibawah...





pastikan ianya selari supaya bentuk tiga segi pada kedua penjuru kain akan sama...



pinkan kedua-dua penjuru tiga segi tersebut......






jahit keliling tiga segi tersebut.....aku jahit jelujur biasa sahaja untuk menampakkan jalinan.....lagi cantik jikalau menggunakan benang sulam sebab nampak lagi jelas.....



terbalikkan sekali lagi....beg akan menjadi seperti ini....




jangan lupa lipat dan jahit bahagian atas supaya nampak lagi kemas....


untuk bahagian tali pula...aku gunting dua keping fabrik berukuran 35' panjang dan lebar 3.5 inci..lipat dan jahit.....



terbalikan tali tersebut .....pastikan bahagian jahitan berada ditengah-tengah dan gosok dahulu supaya nampak lagi kemas.....


pinkan dahulu dibahagian bawah tapak beg....pastikan jarak antara dua kepingan itu seimbang.....bahagian jahitan tengah berada di dalam...


pinkan pada bahagian tali tersebut supaya senang untuk menjahit.......bila dah puas hati..bolehlah menjahit........
siap!!beg serbaguna aku yang comel ini.......aku harap ada yang mencubanya....

0 comments:

Post a Comment