Polka dot coins purse

Cubaan pertama bagaimana nak menghasilkan clasp coins purse....ada dua cara, pertama menggunakan pattern yang sedia ada macam yang aku buat ni...dan satu lagi dengan mengukur frame itu dan hasilkan pattern yang tersendiri..........kali ni aku nak tunjuk menngunakan pattern yang aku dapat dari buku craft.....next projek nanti aku tunjuk bagaimana nak ukur frame sendiri......itupun lepas aku cuba dulu............nanti ok baru aku upload gambar.....



mula2 potong dua kepingan kertas sebagai acuan beg tadi....seperti di atas...kemudian potong pada kain yang kita suka.........


ukur kain tersebut.....pastikan ada ruangan antara 0.7cm.....untuk dijahit nanti....




kain telah siap dipotong dan dilekatkan dengan pelapik kolar......aku gosok supaya senang untuk menjahit..........ada dua set bahagian yang berlainan bentuk.....


ambik dua bahagian tadi dan cantumkan.....pastikan bahagian tajam berada kebawah.....boleh pinkan atau jahit jelujur.....supaya tidak lari apabila dijahit.....harap korang faham apa yang aku tulis ni.....


aku pin sahaja........kalau jahit jelujur lagi bagus sebab nampak lagi kemaslah...



jahit kedua belah bahagian tadi.......ulang proses untuk bahagian yang satu lagi.....(ada 4 keping)



cantumkan dua bahagian yang satu lagi.....




macam nilah rupa yang telah siap dicantum..........



terbalikkan kain tadi..............bahagian dalam........


kemudian lipatkan bahagian atas tadi mengikut pelapik yang telah dilekatkan.......next time kena jahit renda tu atas sikit.....rendah sangat.....................




untuk bahagian dalam pulak potong 4 keping kain lagi.....saiz yang sama......jahit seperti proses yang pertama tadi....


masukkan bahagian kain merah itu ke dalam kain polka dot.....tak perlu di terbalikkan.....



masukkan kain merah tadi......lipat dan jahit pada kain polka dot........




bahagian yang telah siap dijahit........



lekatkan metal frame tadi dengan menjahit /mencantum pada bahagian beg tadi seperti di atas....jahit keliling....dengan memasukkan benang pada lubang frame..............aku mula jahit dibahagian tengah dulu sebab tak pasti nak mula di bahagian mana.............Metal frame tu aku beli dari http://maymayshop.blogspot.com/


agak susah sikit nak jahit kain pada metal frame so, aku guna penyepit besi untuk memasukkan kain pada celah frame tersebut.........



beg aku yang comel dah siap......tapi ada beberapa perkara yang perlu aku betulkan terutama saiz dan beg dan juga kedudukan renda (terlalu rendah).............kalu tak cuba macamana nak tahu.....betul tak???

0 comments:

Post a Comment