Semalam dapat kain perca dari Kak Saidah...(kawan satu tempat kerja) sebab hari tu aku ada hadiahkan patung burung hantu pada anak perempuannya.....Seronoknya aku.....maklumlah dapat benda free....sebagai membalas budi kerana bermurah hati hadiahkan kain perca( saiz yang aku dapat besar2....) aku dengan semangat yang terujanya dan berkobar2.....ingin menghadiahkan satu beg tangan yang aku jahit sendiri menggunakan kain yang diberi........
mula2 aku buat pattern beg dahulu.....terpaksa guna surat khabar sebab itu aje yang ada.......saiz untuk bahagian badan..panjang 52 cm X 26 cm (2 keping), tapak 34.5 cm X 5 cm (2 keping), leher 30 cm X 4.5cm(4 keping) dan pemegang tali 37 cm X 2.5 cm(4 keping)..harap faham dengan istilah yang aku berikan.....
kain yang telah siap dipotong....lekatkan pada pelapik kolar supaya nampak lagi kemas.....
ukur dari hujung kain tersebut dalam 8 cm....tandakan untuk kiri dan kanan.....
jahit jelujur pada bahagian atas....tapi pastikan tinggal ruangan antara 8 cm pada setiap bahagian kiri dan kanan .....
tarik benang tadi untuk menampakkan kedutan dibahagian tengah....pastikan ukuran beg itu 32 cm...matikan jahitan tersebut........
beginilah rupa bahagian yang telah ditarik tadi....ulang proses yang sama pada bahagian kain yang satu lagi...
bahagian hadapan......
bahagian badan yang telah siap dijahit jelujur.......sambungkan tapak dengan bahagian badan....bolehlah dipinkan atau dijahit mengunakan jahitan jelujur......supaya senang bila menjahit nanti....
bahagian tapak yang telah siap dicantumkan pada badan.....agak leceh sikit tapi bagi yang tak berapa mahir seperti aku ni....lebih baik jahit pakai tangan dulu.......bila dah berpuas hati bolehlah dijahit dengan mesin....
untuk bahagian pemegang pula, sambung dan jahit tali pemegang dan terbalikkannya........
untuk bahagian leher pula....tandakan 5 cm dari hujung sebelah kanan dan kiri .......
kemudian tandakan 2.5 cm seperti di atas....itu adalah bahagian yang akan dimasukkan tali pemegang.....
masukkan tali pemegang tadi pada bahagian yang ditanda 2.5 cm, dan pinkan dahulu.....
setelah selesai.....bolehlah dijahit pada bahagian atas dan kiri serta kanan leher tersebut.....terbalikkanya........
rupa leher dan pemegang tali yang telah dicantumkan......
pinkan bahagian leher pada badan.....seperti diatas........
jahit pada bahagian yang dicantum dengan berhati-hati......
bahagian yang telah siap dijahit.........
siap..........
bahagian dalam beg .....nampak tak berapa kemas...............
ukur mengikut saiz beg tadi dan potong bahagian dalam seperti diatas......jahit dan masukan ke dalam beg....tidak perlu diterbalikkan.....
masukkan ke dalam beg tersebut dan pinkan dahulu....selepas itu bolehlah dijahit.....aku jahit pakai tangan aje sebab kalau jahit pakai mesin nampak tak cantik pulak di bahagian luar nanti..
untuk hiasan di bahagian luar....aku guna crochet lace yang ada pada dress ini.....suka crochet dress ni......only cost RM5.00 at bundle pasar malam.....lots intresting stuff you can find at bundle....jimat!!!
siap!!!yang pastinya Kak Saidah mesti suka dengan beg ni.....
10 Unique Patchwork Alphabets to Sew
5 days ago
3 comments:
suke..tq 4 d info..try buat 1 nnt.. =)
Terima kasih atas perkongsian 😍
Post a Comment