Sudah lama aku tak sentuh mesin jahit....Sempena cuti ni.....aku nak buat beg tangan...design aku download dari internet....sesiapa yang berminat bolehlah layari http://www.kwiksew.com/Projects.cfm ..........free aje.....suka aku dapat benda free..............
Design yang aku download dan print dari komputer.....................
siap dengan arahan.....
mula2 aku trace pattern tadi pada pelapik kolar dan gunting mengikut saiz yang aku nak(cari yang jenis agak keras sikit supaya bila siap, bentuk beg nampak cantik dan terletak) aku tersilap beli yang agak lembut......
ada dua bahagian iaitu bahagian depan dan belakang (perlu dua helai bagi setiap bahagian) Bahagian yang aku tunjuk ini adalah di bahagian depan poket......pinkan atau gosokkan pelapik kolar pada kain seperti di atas(lebih bagus kalau digosok.....satu lagi kesilapan yang aku buat iaitu aku tak gosok/iron).....
cantumkan atau pin bersama dibahagian atas ......kemudian jahit.......jangan jahit keseluruhan kerana bahagian bawah yang bertanda tiga segi perlu dijahit pada setiap bahagian kiri dan kanan....rujuk bahagian bawah ini.............mula2 aku baca arahan pun aku pening.....
bahagian tiga segi ni , perlu dilipat dan dijahit.....pastikan kedua belah kain tersebut ditanda untuk memudahkan proses menjahit nanti....
mula2 lipat seperti di atas....kemudian jahit.......proses yang sama untuk bahagian kain yang satu lagi............
rupa yang telah dijahit...........lepas tu perlulah di iron untuk nampak lagi kemas............
bahagian depan poket............
bahagian dalam.......
bahagian belakang iaitu bahagian yang kedua.... potong dua helai kepingan yang sama....ulang proses menjahit pada bahagian tiga segi seperti kepingan poket tadi.....
cantumkan poket dengan kepingan yang besar tadi......pastikan bahagian bucu yang dijahit itu bertemu....pinkan supaya senang untuk menjahit.............proses nak buat ni....aku ambik masa yang agak lama untuk faham.....ianya agak mengelirukan.......maklumlah amatur.........
cantumkan bahagian satu lagi seperti di atas.......pinkan keliling bahagian tadi............poketnya aku dah letakkan di dalam ..............
mulalah menjahit............perlu berhati-hati...
tinggalkan bahagian atas tanpa jahitan dalam 7 cm.....................
terbalikkan beg tadi.....seperti di atas.Nampak tak bahagian yang tidak dijahit itu.......
bahagian yang hujung tadi perlu dilipat dan dijahit......kalau nak masukkan tali pun boleh.......
beg yang telah siap dijahit......tunggu nak letak butang sahaja.............(just ignore the background)
satu lagi beg yang telah siap aku jahit...........Japanese linen .... asal dari baju bundle yang aku beli kat pasar malam near at my house......only RM5.....untung aku sebab baju tu besar....(macam jubah)
10 Unique Patchwork Alphabets to Sew
5 days ago
0 comments:
Post a Comment