Rantai Fabrik

kadang-kadang bila tengah ada mood nak berkrafting ni...dalam satu masa boleh buat sampai 2-3 ideas..kalau x ada mood...hmmmm..langsung tak nak sentuh apa-apa...Hari ni aku akan ajar macamana nak buat rantai bersantai yang cantik dan menarik...menggunakan t-shirt lama ...

 Apa yang perlu adalah manik kayu...ingat tak suatu masa dulu...mak-mak kita dulu suka gantung hiasan berjurai di pintu...mengantikan langsir....tak tahu samada sekarang masih ada lagi tak...so..ini adalah lebihan manik kayu yang aku simpan....lama tau...lebih dari 15 tahun...tak sangka berguna jugak...tapi kalau tak ada, boleh guna manik plastik yang biasa..saiz ikut suka kita....


Baju t-shirt aku yang lama...potong dalam lebarnya 2 inci dan panjang 14 inci..kalau ada banyak manik...lebihkan panjangnya..


lipat kain yang dipotong tadi...dan jahit di bahagian tepi..kalau  nak cepat, guna mesin jahit..kalau tak ada..pakai jahit tangan aje..pastikan lubangnya tak terlalu kecil atau besar sangat..

 macam ni ye...jahit bahagian tepi..



lepas tu, terbalikkan kain tersebut....so tak nampaklah bahagian yang kita jahit tu...

Anggaran panjang 4 inci..simpulkan dahulu kain tersebut..jangan terlalu ketat...kalau tak nak simpul...boleh terus jahit dan lilit benang mengelilingi kain tersebut...masukkan manik kayu ke dalam kain tersebut..

 
pastikan manik tu betul-betul kemas dan ikat atau lilit dengan benang dan matikan dengan ikatan...pastikan benang itu panjang untuk memudahkan proses melilit..
 
Pastikan benang yang lebih tu, di masukkan ke dalam kain supaya tidak nampak...ulang lagi proses tadi...cucuk jarum pada hujung kain yang ada manik dan lilit berulang kali dengan kemas dan ketat..lepas tu, matikan lilitan tersebut..

manik-manik yang telah siap dibalut dan dikat pada kain...sayang...manik kayu aku tak banyak...

untuk nampak lebih menarik..aku buatkan bunga lolipop (boleh check pada post yang lama) dan jahitkan pada rantai manik tadi..


rupa bunga yang telah disambung pada rantai tersebut...tetapi masih terlalu pendek...so aku kena buat sesuatu..
potong 3 helaian kain tadi , lebar lebih kurang dalam 1cm...panjang kain ni..agak2 ajelah...mengikut kesuaian rantai yang kita nak..kemudian aku simpulkan pada bahagian hujung dan jalinkan ketiga helaian tadi...macam kita buat jalinan pada rambut....
 

lepas tu simpulkan di bahagian hujung kain tersebut dan potong sedikit kalau hujung yang lebih tu panjang sangat...

 Masukkan lebihan tadi pada bahagian rantai tersebut...pastikan ianya dibentuk seperti bentuk bulat..supaya nampak seakan_akan sama dengan manik yang telah dibalut..




Siap rantai dari kain perca....tak perlukan modal yang banyak...yang penting kreativiti dan kemasan hasil kerja..

Baju lama idea baru

Pernah tak rasa baju fav. yang kita selalu dok pakai rasa dah tak menarik?Macam tak ada identiti tersendiri...hehhehe..over kan!!!Macam tulah perasaan aku bila tengok baju aku ni..Penyelesaiannya mudah..beli aje baju baru...tapi tak kreatiflah pulak namanya...Idea ni aku dapat dari http://www.faccidesigns.blogspot.com/ ...love this blog..!!cuma bunganya aku tukar menggunakan bunga yoyo...
http://www.faccidesigns.blogspot.com/

Baju lama aku....nampak biasa sangat kan...rasanya semua orang ada baju plain berwarna hitam macam ni..mulanya aku nak taruk beads..tapi...malaslah...lambat  siap....



Bunga Yoyo yang aku dah buat..yang warna hitam tu..aku guna baju t-shirt aku yang dah lama dan yang aku tak nak pakai dah....manakala yang polka dot pula..lebihan dari projek aku yang lepas.. Hasilkan beberapa saiz yang berbeza supaya nampak lebih menarik...


Lepas tu...susun bunga tu ikut suka hati sendiri....tapi pastikan nampak menarik...Aku jahitkan butang pada bahagian tengah..kalau nak letak manik pun ok jugak..tapi aku nak sesuatu yang nampak santai....dan warna yang aku pilih pun taklah menonjol sangat...tapi kalau suka, boleh guna warna lain untuk bunga tersebut...

 Susun dan pinkan dahulu sebelum bunga tu dijahitkan pada baju..Bunga yang bahagian atas tu..aku lekatkan renda dikeliling bunga tersebut supaya nampak kelainan sikit...maklumlah bahagian paling atas..

Bila dah berpuas hati dengan susuanan tadi...jahitkan bunga tersebut pada baju..Dah siap..selamat mencuba!!

Bunga Yoyo

Bagaimana nak menghasilkan bunga Yoyo? Senang aje..apa yang perlu hanyalah kain yang ingin kita hasilkan bunga yoyo,gunting,manik atau apa saja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah dan juga acuan saiz bulatan..
mula-mula potong saiz acuan bulatan yang kita nak...kalau nak saiznya besar..buatlah bulatan yang besar..senang aje kan..

Kemudian potong kain mengikut saiz yang kita hendak..


Lepas siap dipotong..jahit keliling bulatan menggunakan jahitan jelujur biasa..jangan bimbang kalau jarak benang tu tak sama...
Kemudian, tarik benang tu dengan kuat..tapi jangan sampai terputus pulak...nanti rupanya akan jadi seperti gambar di atas..
 
Matikan ikatan jahitan tadi..lepas tu, bolehlah dilekatkan dengan manik atau apa sahaja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah..supaya nampak lebih menarik..








Balik kampung


Sebenarnya gambar ni diambik masa cuti sekolah awal tahun dulu...baru berkesempatan untuk di masukkan ke dalam blog aku..Dah lama aku tak balik kampung...sejak mak aku pindah balik ke sana..baru berpeluang untuk balik ...teringat kenangan masa dulu-dulu....

Fav. spot utk aku melepak..tak kira siang atau malam.....tenang aje bila duduk kat sini...dulu mak aku ada buat buaian..tapi dah tak ada...


Siapa sangka kat dalam sungai ni ada buaya...but dont worry...sepanjang aku membesar di sini..aku tak pernah jumpa...

 Rumah mak aku...walau tak besar, aku tetap suka...setengah orang mungkin agak takut sebab konsep rumah mak aku agak terbuka..
 
Cuti sekolah tak lama lagi, anak aku dah sibuk tanya bila nak ke rumah nenek lagi...Aku pun tak sabar jugak nak balik..tapi kali ni mungkin diorang dapat merasai suasana banjir di kampung aku..Kadang kala kena biasakan anak dengan suasana tinggal di kampung..macam anak lelaki aku ni..first time datang..tak nak turun ke tanah sebab takut pijak rumput..macam-macam..Nasib baik hari ketiga tinggal kat sana, dia dah ok..Kalau dah terbiasa dengan keselesaan dan kemudahan yang ada..macam nilah..Kakaknya pulak seronok...katanya, rumah nenek ada macam-macam binatang dan serangga..anak aku ni animal lover...semua binatang dia suka..
 

Helping Kak Mimi (my beautiful niece)

Dah lama aku abaikan blog ni....bukan malas...tapi sibuk!!harap cuti sekolah nanti aku dapat berikan tumpuan dan masa aku lebih pada blog aku...kali ni aku cuma nak kongsi pengalaman aku n anak2 dalam membantu kak mimi..anak saudara aku dalam menyiapkan tugasannya..Anak saudara aku ambik course pengajaran untuk pra-sekolah..so banyak tugasannya melibatkan idea dan alatan mengajar yang boleh menarik minak kanak2 untuk belajar. Kesian dia....dari UPSI kena bawak mounting board besar ke rumah aku di Shah Alam...jauh juga jarak perjalanan ke rumah aku....dahlah board tu besar dari orang yang membawanya..heheheheh...


Paling seronok rasanya anak aku, sebab dapat menolong Kak Mimi dalam projek puppet..anak saudara aku dan rakan2 nya dikehendaki menghasilkan satu cerita yang menarik dengan latar belakang yang bersesuaian dengan cerita...Dan aku rasa paling menarik jikalau menggunakan teknik kolaj .Asyik melukis dan mewarna..boring jugak....betul tak??

Ed dan Lissa tengah sibuk menggunting bentuk daun...untuk ditampal pada board..

Ed sedang menunjukkan kepakaran dalam gunting mengunting....apsal susah sangat ni...(tak tahu maknya bagi gunting tumpul....hehehheeh...takut luka bebb!)

Rupa daun yang telah digunting dan disusun dengan pelbagai warna...nampak menarik sikit...ini pokok rambutan...nampak tak buah rambutan yang tak siap tu??(warna merah)



Tingginya rumput.....maklumlah lama tak ditebang....untuk rumput aku gunakan teknik koyak untuk menampakkan jalinan yang kasar di hujung bahagian rumput

Hampir 97% dah nak siap....dua hari buat ni...tak keluar dari rumah aku n anak2....tapi seronok!!

Tadaaaa......dah siap!! bahagian yang berlubang tu akan digunakan sebagai tetingkap untuk puppet..rasanya sesuai betul bila tengok muka kitaorg kat lubang tingkap tu..heheheheh...comel!!!