Template yang telah aku printkan...terdapat arahan step by step bagaimana nak menghasilkan clutch purse..Bila dah siap...memang cantik dan anak saudara aku pun seronok sangat bila aku hadiahkan clutch purse ni kat diorang...sayang..lupa nak mintak diorang ambik gambar bersama clutch purse yang aku hasilkan tu....
bahagian yang ditanda untuk dijahit
Mula-mula pindahkan template tadi pada lining (yang orang selalu buat kolar baju tu) dengan menggunakan tracing paper...tanda semua tempat-tempat yang perlu dijahit...kemudian gunting ...gosokkan pada kain yang telah dipilih...aku suka guna yang agak keras, sebab bila dibentuk ianya nampak lagi cantik...pada cubaan pertama aku menggunakan lining yang agak lembut tetapi bila siap..hasilnya tetap cantik tetapi nampak banyak kedutan dan agak leper bentuknya..walaupun ianya lebih senang dijahit....
cubaan untuk pertama kali..contoh beg yang menggunakan lining lembut...nampak kedutan pada kain..
Jangan lupa alas di bahagian dalam juga perlu digunting mengikut saiz tadi...
lipat bahagian yang telah ditandakan tadi seperti di atas..
jahitkan pada bahagian yang ditanda
macam ni rupanya yang telah dijahit di bahagian dalam
macam ni rupanya bila telah dijahit...nampak tak perbezaan antara kanan dan kiri...
ulang proses yang pertama tadi pada bahagian depan purse atau poket ..rupa yang telah siap dijahit..rupa macam belangkas pulak...heheheh
butang magnet yang telah dipasang ..(bahagian belakang)
bahagian depan
cantumkan alas dalam dengan bahagian belakang seperti ini... pin kan supaya kedudukan kain tak lari..
jahit dengan teliti di bahagian atas...kemudian terbalikkan kain tersebut
ini yang belum digosok...nampak tak rata dan kemas
di gosok supaya nampak lebih kemas
ini adalah kepingan yang luar..bahagian yang besar
kemudian tutup dengan alas kain yang dipotong tadi...dan pinkan pada keliling beg tersebut..
jahit keliling beg ini tapi pastikan di bahagian atas ditinggalkan satu ruangan terbuka..atau yang tidak dijahit supaya senang nak terbalikkan atau keluarkan bahagian dalam......(aku harap you all faham)
bahagian yang telah dikeluarkan... nampak tak bahagian atas yang tak di jahit....macam ni rupanya...poket depan masih nampak alas dalam kain merah...jangan lupa gosok supaya nampak kemas
terbalikkan poket tadi..so..kain plain merah akan berada di bahagian dalam...
macam ni rupa bahagian luar....atau bahagian belakang beg
rupa dalaman....
beg yang telah siap...untuk nampak lebih glamour bolehlah dihias atau di jahit dengan manik2 atau apa sahaja yang di fikirkan sesuai...beg ini boleh jugak di pasang dengan tali pemegang...maaf aku lupa nak buat..:)
aku pinkan dengan bunga lolipop ...memang nampak cantik!!Siapa kata tak ada mesin jahit tak boleh hasilkan sesuatu yang menarik...Ada sesiapa nak ajak aku minum petang???boleh aku bawa cluth purse aku ni...:)