Sedang syok membelek majalah kraf..terjumpa pulak artikel bagaimana nak menghasilkan kasut baby. Aku tengok gambar aje..baca tak reti..heheheh...maklumlah tulisan cina.Tapi tengok macam senang...siap ada template, tiru n gunting aje...tapi kalau nak download free template bolehlah check this blog lhttp://www.heatherbaileydesign.com/Booties.html cuma bentuk kasutnya agak lain sikit...tapi comel!!
Template tadi di lakarkan pada kain....pastikan kain itu di lipat kepada dua bahagian..seperti di atas..kemudian gunting mengikut bentuk acuan/template tadi..
rupa kain yang telah dipotong...pastikan setiap template ada dua kepingan yang sama saiz.. |
terbalikkan kain tersebut dan tandakan bahagian yang akan dijahit lebih kurang 0.5cm..seperti contoh di atas
cantum dan jahit pada bahagian yang telah ditanda...kemudian buka bahagian tadi..seperti di atas dan gosok supaya senang untuk mencantumkan bahagian tapak pada badan kasut..
rupa bahagian depan
rupa tapak kasut...tandakan bahagian tengah tapak tersebut...supaya senang apabila nak mencantumkan badan kasut pada tapak..
begini cara untuk mencantumkan tapak pada badan..perhatikan bahagian yang ditanda tengah tadi ..
jahit keliling tapak tadi bersama dengan badan kasut..
rupa yang telah siap dijahit..
bahagian atas
untuk bahagian dalam pula...gunting mengikut saiz template yang sama..
jahit seperti proses yang pertama juga...
masukkan kain tersebut pada kasut yang telah siap tadi..seperti di atas..
cantumkan dan jahit keliling kasut dengan bahagian luar tadi...
seperti ini...
tetapi tinggalkan sedikit ruang yang tidak berjahit supaya mudah untuk masukkan bahagian luar ke dalam kasut nanti..
begini rupa apabila di terbalikkan atau dikeluarkan..
pinkan bahagian ruang yang ditinggalkan tadi dan jahit supaya nampak kemas...
kasut yang telah siap...
3 comments:
cutenya!thanks for the great tutorial!:)
salam,
if you are interested to get materials and suppplies of leather, PU and many more fabrics to make shoes, bag, wallet or belt can contact us at tharatoe@gmail.com
tq for d tutorial! osem~~
Post a Comment