Hari ni aku nak tunjuk macamana nak hasilkan bunga menggunakan kain dari satin dan juga kain organza. Sebenarnya kebanyakan kain yang aku guna adalah lebihan dari kain-kain semasa kenduri adik dan juga kain langsir...Tahun lepas aku buat cupcakes menggunakan kain....so untuk tahun ini.....sempena Hari Guru, aku nak buat bunga pulak menggunakan fabrik....Idea ni aku dapat dlm youtube.....Harap cikgu-cikgu di sekolah anak aku suka....(senang aku sebab mostly cikgu di sekolah Alissa semuanya pompuan)
mula-mula potong dulu bentuk bulat menggunakan kertas tebal....ini adalah sebagai mould pada fabrik yang nak digunting...Saiz mestilah berbeza....dari saiz besar hingga ke saiz yang kecil....
kain-kain yang akan dipotong .....paling cantik guna kain satin....tak payah beli yang mahal2...beli aje kain satin yang paling murah...yang penting hasilnya cantik dan menarik serta nampak mahal.....heheheheh
kain yang telah dipotong.....jangan bimbang jikalau kain itu tak nampak bulat sangat....yang penting saiz tu mesti berbeza.....
pasang lilin dan bakar keliling kain tersebut....hati2 jangan sampai kesan bakaran di sekeliling nampak hitam....kalau shapenya tak berapa kemas...tak apa, sebab itu yang membuatkan bentuk bunga tu nampak lebih menarik....Teknik pembakaran jugak memainkan peranan bagi membentuk bunga tersebut.....kalau bakar pada pangkal api....bentuknya lebih flat....tapi kalau di bakar pada hujung api....kain itu akan melengkung....
bentuk bunga yang telah siap ....
susun fabrik tersebut secara berperingkat.....dari besar ke saiz kecil...sambil tu diselang dengan fabrik organza....bagi nampak lagi cun...tapi kalau tak nak pun boleh....bilangan helaian tu terserah...kalau nak nampak tebal...banyakkan helaian bunga tersebut....
bentuk bunga yang telah siap disusun....
jahitkan di bahagian tengah untuk mematikan kedudukan bunga tersebut...dibahagian tengah nanti bolehlah di jahit bersama dengan manik supaya nampak lebih menarik....
rupa bunga yang telah siap....untuk bahagian belakang bolehlah dilekatkan dengan pin...atau apa saja yang kita suka....
sebahagian bunga fabrik yang telah siap...bunga fabrik ini juga dikenali sebagai bunga lolipop....mungkin kerana bentuk bulat agaknya....
untuk hiasan kepala, aku jahitkan bunga yang siap tu pada riben satin dan kalau nak lekatkan pada cekak rambut pun cantik jugak.....Selamat mencuba!!!!
10 Unique Patchwork Alphabets to Sew
5 days ago
3 comments:
Hi dear. I nak tempah bunga ni. Boleh x contact me asap 0172191426
New casino - DRMCD
Casino. 1/10 1/10 - 포천 출장안마 8:00 PM · 8:00 PM · 8:00 PM · 8:00 PM · 8:00 PM · 부천 출장마사지 8:00 PM 토토사이트 · 8:00 PM · 8:00 PM 영천 출장샵 · 8:00 PM 밀양 출장샵 · 8:00 PM
Post a Comment