Idea ni aku dapat dalam majalah Jepun... tetapi untuk bahagian bawah ianya menggunakan bekas acuan agar2....mahal pulak tu......so untuk menjimatkan duit sebab banyak jugak nak buat tu....(aku bagi tahu kat anak aku kena bagi semua guru) so aku beli bekas plastik yang kecil guna untuk menyimpan sos........ Mula-mula gunting kain dalam bentuk bulatan .....agak2 boleh menutup bekas plastik ini...
Jahit jelujur keliling kain tersebut dan masukkan bekas tadi ke dalam kain tersebut.....
kemudian tarik benang tadi supaya ianya menutupi bekas plastik ....pastikan ianya kemas dan matikan jahitan tersebut....
pandangan sisi........
proses yang sama jugak...potong mengikut saiz yang pertama tadi dan jahit jelujur kemudian masukkan polyfill ke dalam kain tersebut......ianya nampak lagi cantik bila diisi padat.....kemudian matikan jahitan tersebut....
sudah siap bahagian atas......sekarang untuk hiasan pula....
sebelum di cantumkan pada bekas tadi..... aku menghiasnya dengan sulaman simpul....sebenarnya macam idea yang boleh kita gunakan....samada menggunakan manik-manik yang berwarna warni atau boleh juga menggunakan kain felt untuk membentuk buah strawberry...
sulaman bunga ros.......
menggunakan kain polka dot untuk hasilkan buah strawberry............
untuk mencantumkan bahagian atas dan bawah....hendaklah dijahit antara kedua bahagian tersebut.....kalau malas bolehlah digamkan tetapi tak nampak berapa kemas..... aku lebih suka jahit .......
Dah siap......nampak sedap pulak cup cake ni......
0 comments:
Post a Comment