Bunga Yoyo

Bagaimana nak menghasilkan bunga Yoyo? Senang aje..apa yang perlu hanyalah kain yang ingin kita hasilkan bunga yoyo,gunting,manik atau apa saja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah dan juga acuan saiz bulatan..
mula-mula potong saiz acuan bulatan yang kita nak...kalau nak saiznya besar..buatlah bulatan yang besar..senang aje kan..

Kemudian potong kain mengikut saiz yang kita hendak..


Lepas siap dipotong..jahit keliling bulatan menggunakan jahitan jelujur biasa..jangan bimbang kalau jarak benang tu tak sama...
Kemudian, tarik benang tu dengan kuat..tapi jangan sampai terputus pulak...nanti rupanya akan jadi seperti gambar di atas..
 
Matikan ikatan jahitan tadi..lepas tu, bolehlah dilekatkan dengan manik atau apa sahaja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah..supaya nampak lebih menarik..








Balik kampung


Sebenarnya gambar ni diambik masa cuti sekolah awal tahun dulu...baru berkesempatan untuk di masukkan ke dalam blog aku..Dah lama aku tak balik kampung...sejak mak aku pindah balik ke sana..baru berpeluang untuk balik ...teringat kenangan masa dulu-dulu....

Fav. spot utk aku melepak..tak kira siang atau malam.....tenang aje bila duduk kat sini...dulu mak aku ada buat buaian..tapi dah tak ada...


Siapa sangka kat dalam sungai ni ada buaya...but dont worry...sepanjang aku membesar di sini..aku tak pernah jumpa...

 Rumah mak aku...walau tak besar, aku tetap suka...setengah orang mungkin agak takut sebab konsep rumah mak aku agak terbuka..
 
Cuti sekolah tak lama lagi, anak aku dah sibuk tanya bila nak ke rumah nenek lagi...Aku pun tak sabar jugak nak balik..tapi kali ni mungkin diorang dapat merasai suasana banjir di kampung aku..Kadang kala kena biasakan anak dengan suasana tinggal di kampung..macam anak lelaki aku ni..first time datang..tak nak turun ke tanah sebab takut pijak rumput..macam-macam..Nasib baik hari ketiga tinggal kat sana, dia dah ok..Kalau dah terbiasa dengan keselesaan dan kemudahan yang ada..macam nilah..Kakaknya pulak seronok...katanya, rumah nenek ada macam-macam binatang dan serangga..anak aku ni animal lover...semua binatang dia suka..
 

Helping Kak Mimi (my beautiful niece)

Dah lama aku abaikan blog ni....bukan malas...tapi sibuk!!harap cuti sekolah nanti aku dapat berikan tumpuan dan masa aku lebih pada blog aku...kali ni aku cuma nak kongsi pengalaman aku n anak2 dalam membantu kak mimi..anak saudara aku dalam menyiapkan tugasannya..Anak saudara aku ambik course pengajaran untuk pra-sekolah..so banyak tugasannya melibatkan idea dan alatan mengajar yang boleh menarik minak kanak2 untuk belajar. Kesian dia....dari UPSI kena bawak mounting board besar ke rumah aku di Shah Alam...jauh juga jarak perjalanan ke rumah aku....dahlah board tu besar dari orang yang membawanya..heheheheh...


Paling seronok rasanya anak aku, sebab dapat menolong Kak Mimi dalam projek puppet..anak saudara aku dan rakan2 nya dikehendaki menghasilkan satu cerita yang menarik dengan latar belakang yang bersesuaian dengan cerita...Dan aku rasa paling menarik jikalau menggunakan teknik kolaj .Asyik melukis dan mewarna..boring jugak....betul tak??

Ed dan Lissa tengah sibuk menggunting bentuk daun...untuk ditampal pada board..

Ed sedang menunjukkan kepakaran dalam gunting mengunting....apsal susah sangat ni...(tak tahu maknya bagi gunting tumpul....hehehheeh...takut luka bebb!)

Rupa daun yang telah digunting dan disusun dengan pelbagai warna...nampak menarik sikit...ini pokok rambutan...nampak tak buah rambutan yang tak siap tu??(warna merah)



Tingginya rumput.....maklumlah lama tak ditebang....untuk rumput aku gunakan teknik koyak untuk menampakkan jalinan yang kasar di hujung bahagian rumput

Hampir 97% dah nak siap....dua hari buat ni...tak keluar dari rumah aku n anak2....tapi seronok!!

Tadaaaa......dah siap!! bahagian yang berlubang tu akan digunakan sebagai tetingkap untuk puppet..rasanya sesuai betul bila tengok muka kitaorg kat lubang tingkap tu..heheheheh...comel!!!

Bunga Fabrik (Lolipop)

Hari ni aku nak tunjuk macamana nak hasilkan bunga menggunakan kain dari satin dan juga kain organza. Sebenarnya kebanyakan kain yang aku guna adalah lebihan dari kain-kain semasa kenduri adik dan juga kain langsir...Tahun lepas aku buat cupcakes menggunakan kain....so untuk tahun ini.....sempena Hari Guru, aku nak buat bunga pulak menggunakan fabrik....Idea ni aku dapat dlm youtube.....Harap cikgu-cikgu di sekolah anak aku suka....(senang aku sebab mostly cikgu di sekolah Alissa semuanya pompuan)

mula-mula potong dulu bentuk bulat menggunakan kertas tebal....ini adalah sebagai mould pada fabrik yang nak digunting...Saiz mestilah berbeza....dari saiz besar hingga ke saiz yang kecil....

kain-kain yang akan dipotong .....paling cantik guna kain satin....tak payah beli yang mahal2...beli aje kain satin yang paling murah...yang penting hasilnya cantik dan menarik serta nampak mahal.....heheheheh


kain yang telah dipotong.....jangan bimbang jikalau kain itu tak nampak bulat sangat....yang penting saiz tu mesti berbeza.....


pasang lilin dan bakar keliling kain tersebut....hati2 jangan sampai kesan bakaran di sekeliling nampak hitam....kalau shapenya tak berapa kemas...tak apa, sebab itu yang membuatkan bentuk bunga tu nampak lebih menarik....Teknik pembakaran jugak memainkan peranan bagi membentuk bunga tersebut.....kalau bakar pada pangkal api....bentuknya lebih flat....tapi kalau di bakar pada hujung api....kain itu akan melengkung....



bentuk bunga yang telah siap ....

susun fabrik tersebut secara berperingkat.....dari besar ke saiz kecil...sambil tu diselang dengan fabrik organza....bagi nampak lagi cun...tapi kalau tak nak pun boleh....bilangan helaian tu terserah...kalau nak nampak tebal...banyakkan helaian bunga tersebut....


bentuk bunga yang telah siap disusun....

jahitkan di bahagian tengah untuk mematikan kedudukan bunga tersebut...dibahagian tengah nanti bolehlah di jahit bersama dengan manik supaya nampak lebih menarik....






rupa bunga yang telah siap....untuk bahagian belakang bolehlah dilekatkan dengan pin...atau apa saja yang kita suka....


sebahagian bunga fabrik yang telah siap...bunga fabrik ini juga dikenali sebagai bunga lolipop....mungkin kerana bentuk bulat agaknya....


untuk hiasan kepala, aku jahitkan bunga yang siap tu pada riben satin dan kalau nak lekatkan pada cekak rambut pun cantik jugak.....Selamat mencuba!!!!

My Blog

terasa lamanya aku abaikan blog ni.....sebenarnya banyak projek jahitan yang aku dah buat...tapi tak ada masa untuk uploadkan ke dlm blog.....kerana pertama....huhuhu...laptop aku dah rosak...tak dapat diselamatkan...nasib baik ada yang hubby punya....pinjamlah kejap...but dont worry....aku akan cuba uploadkan bila aku ada masa nanti...tak tahu kenapa tahun ni terasa sibuk sangat ......miss u!!!!Oh my blog!!!!

Warehouse Books Sale

Seronok sangat bila pergi Pay Less Books Sale....macam-macam buku boleh jumpa....tapi novel tak banyak sangatlah, harga pun dah agak mahal sikit dari dulu.Walaumacamana pun, aku dapat jugakla beberapa buku craft yang murah dan harganya berbaloi sangat2....nanti aku akan upload gambarnya.....

Bukan lupa

Dah lama blog aku ni terbiar......bukan lupa tapi terlalu banyak benda nak diselesaikan......rindunya.........harap aku ada masa untuk upload hasil kerja aku ni.....