Thanks to
http://www.kwiksew.com/projects/5001.pdf ..because of that aku dapat menghasilkan clutch purse idaman aku...sesiapa nak templatenya bolehlah klik pada link di atas..Sebenarnya projek ni aku dah mula dari last year lagi...tapi tak berkesempatan untuk post kan dalam blog..sebab masa nak mulakan projek ni..aku agak keliru sikit macamana nak jahit purse ni...sebab tu tak ambik foto semasa proses nak buat...but dont worry..kali ni aku akan tunjuk bagaimana nak buat...menggunakan hand sticth...sebab mesin jahit aku rosak lagi...(bila nak ada duit lebih untuk beli mesin jahit yang baru..hukhuk)So pada sesiapa yang tak ada mesin jahit tu..bolehlah hasilkan purse ni menggunakan hand sticth...agak lambat tetapi hasilnya tetap cantik...cuma kena pastikan jahitan tu kemas....
Template yang telah aku printkan...terdapat arahan step by step bagaimana nak menghasilkan clutch purse..Bila dah siap...memang cantik dan anak saudara aku pun seronok sangat bila aku hadiahkan clutch purse ni kat diorang...sayang..lupa nak mintak diorang ambik gambar bersama clutch purse yang aku hasilkan tu....
lining yang telah dipotong dan di gosok pada permukaan kain supaya melekat
bahagian yang ditanda untuk dijahit
Mula-mula pindahkan template tadi pada lining (yang orang selalu buat kolar baju tu) dengan menggunakan tracing paper...tanda semua tempat-tempat yang perlu dijahit...kemudian gunting ...gosokkan pada kain yang telah dipilih...aku suka guna yang agak keras, sebab bila dibentuk ianya nampak lagi cantik...pada cubaan pertama aku menggunakan lining yang agak lembut tetapi bila siap..hasilnya tetap cantik tetapi nampak banyak kedutan dan agak leper bentuknya..walaupun ianya lebih senang dijahit....
cubaan untuk pertama kali..contoh beg yang menggunakan lining lembut...nampak kedutan pada kain..
Jangan lupa alas di bahagian dalam juga perlu digunting mengikut saiz tadi...
lipat bahagian yang telah ditandakan tadi seperti di atas..
jahitkan pada bahagian yang ditanda
macam ni rupanya yang telah dijahit di bahagian dalam
aku guna jarum saiz yang agak besar sebab lining ni agak keras....lagipun senang sikit nak nak masukkan benang pada mata jarum...:)jahit pada bahagian yang telah ditanda tadi...pastikan jahitan diulang supaya ianya kuat dan kemas..kalau guna mesin jahit tak payah..satu kali pun dah cukup...
macam ni rupanya bila telah dijahit...nampak tak perbezaan antara kanan dan kiri...
ulang proses yang pertama tadi pada bahagian depan purse atau poket ..rupa yang telah siap dijahit..rupa macam belangkas pulak...heheheh
butang magnet yang telah dipasang ..(bahagian belakang)
bahagian depan
tandakan tempat yang ingin dimasukkan butang magnet tadi...buat lubang ....dan masukkan butang magnet tadi..kalau tak nak guna butang magnet atau susah nak dapatkan butang ni...boleh guna butang biasa aje...
cantumkan alas dalam dengan bahagian belakang seperti ini... pin kan supaya kedudukan kain tak lari..
jahit dengan teliti di bahagian atas...kemudian terbalikkan kain tersebut
ini yang belum digosok...nampak tak rata dan kemas
di gosok supaya nampak lebih kemas
ini adalah kepingan yang luar..bahagian yang besar
cantumkan seperti ini...bahagian yang separuh tu adalah poket depan...kena letak macam ni tau...
kemudian tutup dengan alas kain yang dipotong tadi...dan pinkan pada keliling beg tersebut..
jahit keliling beg ini tapi pastikan di bahagian atas ditinggalkan satu ruangan terbuka..atau yang tidak dijahit supaya senang nak terbalikkan atau keluarkan bahagian dalam......(aku harap you all faham)
bahagian yang telah dikeluarkan... nampak tak bahagian atas yang tak di jahit....macam ni rupanya...poket depan masih nampak alas dalam kain merah...jangan lupa gosok supaya nampak kemas
terbalikkan poket tadi..so..kain plain merah akan berada di bahagian dalam...
macam ni rupa bahagian luar....atau bahagian belakang beg
rupa dalaman....
tandakan bahagian yang nak di pasang butang magnet...proses sama macam nak pasang butang pada poket depan....pastikan hanya alas kain merah itu sahaja di tebuk lubang..untuk pemasangan magnet..setelah selesai..baru di jahit di bahagian atas..
beg yang telah siap...untuk nampak lebih glamour bolehlah dihias atau di jahit dengan manik2 atau apa sahaja yang di fikirkan sesuai...beg ini boleh jugak di pasang dengan tali pemegang...maaf aku lupa nak buat..:)
aku pinkan dengan bunga lolipop ...memang nampak cantik!!Siapa kata tak ada mesin jahit tak boleh hasilkan sesuatu yang menarik...Ada sesiapa nak ajak aku minum petang???boleh aku bawa cluth purse aku ni...:)