Bunga Yoyo

Bagaimana nak menghasilkan bunga Yoyo? Senang aje..apa yang perlu hanyalah kain yang ingin kita hasilkan bunga yoyo,gunting,manik atau apa saja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah dan juga acuan saiz bulatan..
mula-mula potong saiz acuan bulatan yang kita nak...kalau nak saiznya besar..buatlah bulatan yang besar..senang aje kan..

Kemudian potong kain mengikut saiz yang kita hendak..


Lepas siap dipotong..jahit keliling bulatan menggunakan jahitan jelujur biasa..jangan bimbang kalau jarak benang tu tak sama...
Kemudian, tarik benang tu dengan kuat..tapi jangan sampai terputus pulak...nanti rupanya akan jadi seperti gambar di atas..
 
Matikan ikatan jahitan tadi..lepas tu, bolehlah dilekatkan dengan manik atau apa sahaja yang ingin kita lekatkan di bahagian tengah..supaya nampak lebih menarik..








2 comments:

Jun Juliana said...

sy ada buat ni..banyak..hehe, tp x tau cane nk guna, nk gam, x de gam, nk jahit ker? elok ker?

Cik Tanpa Nama said...

acuan tu kita nak guna kertas apa ye
ciktanpanama@gmail.com

Post a Comment