Pryamid Beg

Bulan depan kawan aku akan mengadakan party baby shower untuk anak pertamanya..... maklumlah pertama kali mestilah nak buat best sikit sebab dah lama mencuba baru dapat...........so dia mintak aku buat door gift for each guest yang dijemput......nak beg bentuk piramid pulak tu(nasib baik nak 20 aje)............Masalahnya aku tak pandai dan tak pernah buat..............ayat yang biasa kawan aku guna "kau kan suka ngadap komputer( internet).....carilah kat dalam tu"(gara2 bila nak masak aje check dalam internet ....lupa nak bagitahu, aku ni memang tak reti masak.....nak buat acar timun pun cari maklumat dlm internet....hehehehe...)

Cari punya cari jumpalah tapi nak kena beli pattern pulak.....aisey..........lastly aku ada jumpa juga tapi hanya lakaran tanpa tutorial.............jadi aku naklah berkongsi pengalaman macamana nak buat beg piramid yang comel ni.............



Gunting kain dan pelapik kolar dalam 25cm X 11 cm.......zip yang aku guna pula bersaiz 5 inci.....Gosok dahulu kain tersebut supaya pelapik itu melekat pada kain tersebut.....tapi kalau tak ada pelapik kolar tu pun tak apa.....tujuannya supaya nampak bentuk piramid tu "terletak: dan kemas.Kain cotton ni aku beli dari Kelly(Etsy)....boleh check http://moon-shines.blogspot.com/



lipat dua dan pinkan zip tu pada kain seperti diatas.....saiz kain yang aku potong kecil sikit dari zip yang aku beli ni.....tak suka besar2 sangat.....biar kecik molek aje.......



lepas tu jahit.......pada kedua-dua bahagian..................



rupa yang telah siap dijahit...............kemudian terbalikkan kain tersebut............



lupa lak.....buat tali pemegang seperti di atas.....panjang dan lebar tali tu....ikut suka................



lipat tali tadi dan masukkan ke dalam kain untuk dijahit................



nampak tak tali pemegang yang kat dalam tu............................



pandangan tepi.....proses yang terakhir..................



lipat beg tersebut dalam bentuk tiga segi....pastikan bahagian bucu atas bertemu bahagian bucu bawah....



macamnilah rupa yang telah dilipat................



bukak sikit ruangan zip tadi supaya bila menjahit....zip itu berada di dalam...........



jahit bahagian terakhir tadi................



beg yang telah siap dijahit.............tolak zip tadi dan terbalikan seperti di bawah..........



Dah siap beg piramid aku yang pertama.............................ada 19 lagi beg yang perlu disiapkan.............:)

6 comments:

zulaikha said...
This comment has been removed by a blog administrator.
miss J said...
This comment has been removed by the author.
zulaikha said...
This comment has been removed by a blog administrator.
miss J said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sorry tanya ukuran kain yang di gunakan tu mesti 2 keping yang sama saiz. contoh 4X4 2 keping ya.tq

Yana said...

klu jual bpe rm satu ye....bole kongsi x

Post a Comment