Cute but sad faces

Selepas tengok tutorial dari http://evangelione.blogspot.com/ macamana nak buat bear, terasa teruja pulak nak cuba....aku cukup suka tengok apa yang dihasilkan olehnya....seorang crafty yang genius (pendapat akulah) dan hasil kerja yang sangat teliti serta kemas.........Mula2 aku nak buat untuk anak perempuan aku , tiba-tiba adiknya pulak suka....lepas tu aku buat satu lagi untuk kakaknya....kali ni cuba buat tangan pulak.....susah betul nak buat tangan, sebab kecik sangat......tak tahu macamana dia buat......lepas dari tu aku mula buat yang ke 3, 4, 5...............



Ed suka sangat yang brown ni..........(blur sikit)




yang satu lagi aku buat besar sikit.....suka tangannya yang panjang dan halus......



Lissa tanya kenapa Kiko ada tangan sahaja....tak ada kaki..... aku cakap aku malas sebab susah betul....(semasa proses nak buat tangan,banyak kali asyik terkoyak aje jahitannya....kalau bukan jenis sabar memang tension dibuatnya........:) nak kena belajar dari mak aku sebab dia suka buat tali yang halus dan panjang....)



sebahagian yang telah aku buat.....semua tak ada tangan dan kaki.....macamana nak buat mukanya happy.....nampak sedih aje bear aku ni.............:(

0 comments:

Post a Comment