Lissa Doll

Hari ni nak cuba buat doll pulak....aku cukup suka dengan hasil kreativiti dari http://evangelione.blogspot.com/....dollnya cukup comel dan menarik dengan pakaian yang dipakai , tapi pattern doll yang aku nak buat ni, datang dari http://nuno-runo.blogspot.com/....
terima kasih kerana bagi download free pattern.........sesiapa yang nak belajar buat doll bolehlah melayari blognya...............


mula-mula potong mengikut saiz yang diberikan.....ini aku print dan tekap pada kain felt........



kemudian cantumkan dan jahit kesemua bahagian anggota badan doll itu....dan terbalikkan.......



masukkan poly fill ke dalam semua anggota tadi....tapi jangan terlalu banyak sangat.....



jahitkan atau tutup bahagian kepala yang disumbat dengan poly fill tadi sebelum di cantumkan kepada badan...


bahagian yang dicantumkan.............(bahagian belakang)


bahagian depan....kemudian cantumkan kesemua anggota badan yang lain.........


bentuk badan yang telah siap dicantumkan, kesian kaki besar sebelah.....................sekarang aku ada satu masalah......pakaian....aku memang tak pandai jahit pakaian......tapi aku cuba jugalah......



sebelum tu kena make up dulu......untuk mata , aku jahit sulam menggunakan benang coklat............pipi macam biasalah....aku sapukan dengan lipstik merah aku tu......tapi ada juga aku tengok dalam buku craft yang aku beli....diorg memang pakai blusher untuk merahkan bahagian pipi.......



banyak kali aku mengeluh sebab tak tahu macamana nak mula........akhirnya aku buat ala2 baju tube...tapi tak berapa cantik sebab nampak pelik.......


aku potong dua kepingan kain yang agak kecil (saiz lebar)tapi pastikan ukur panjang cukup untuk bahagian lengan.............jahit keliling kain tersebut....


cantumkan seperti di atas...................



masukkan ke dalam lengan tangannya dan tarik benang yang dijahit pada keliling kain tersebut supaya nampak "puffing".....jahitkan bahagian baju lengan tu pada badan supaya tidak terkeluar.....atau jatuh.....




ulang proses yang sama pada sebelah tangan yang satu lagi.....untuk rambut aku guna kain felt juga.......potong dua kepingan seperti di bawah.....satu untuk bahagian depan dan belakang....




jahitkan dan terbalikkan.....lekatkan pada kepala doll.....nampak kelakar sikitlah rambutnya...




so aku trim sikit....bagi tak nampak kembang sangat......maaf fotonya blur.....




dah siap..............Selamat mencuba........

2 comments:

lia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zura said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment