Botol Sos Groovy

Kalau ada botol Jem atau Sos Pasta yang kosong tu jangan dibuang...boleh dikitar semula...aku memang suka simpan botol-botol tu....buat simpan benda lain......cthnya....bahan-bahan masakan, cili burung jeruk(penting tu kalau tak ada sambal belacan) syiling, benang...dan macam-macam lagilah....yang penting kitar semula....



Pertama....apa yang kita perlu, botol kosong bersama penutupnya.....



mula-mula, aku ukur ketinggian serta lilit botol sos tadi....kemudian potong kain felt mengikut saiz yang dikehendaki............


pastikan ukur lilit tu lebih dari saiz botol tadi....aku tersilap kerana ukur dan potong ngam-ngam dengan saiz botol tu...tapi tak apa sebab kain felt ni boleh strech sikit.....kasi lebar sikit...hehehe....


nak nampak lain sikit...aku jahit corak jalur beralun untuk nampakkan texture......aku guna benang dua warna sahaja iaitu merah dan oren...


cantumkan kedua-dua hujung kain tadi dan sarungkan pada botol tadi.....nasib baiklah muat......
untuk corak pada kain tersebut....aku gunting 3 saiz bulatan yang berbeza....



cantumkan atau jahitkan ketiga-tiga bulatan tadi seperti contoh di bawah.....


kemudian gunting keliling bulatan yang berwarna oren tadi seperti di atas, kemudian bentukkan menjadi kelopak bunga dengan mengunting setiap bahagian tadi..



keluarkan sarung tadi dan jahitkan bunga pada sarung felt ...........



untuk botol sos ni, aku buat 4 bentuk bunga.....tapi kalau tak suka bentuk ni bolehlah tukar pada bentuk geometri sahaja....ikut kreativiti masing-masing.....cuma bila dah siap...aku ada satu problem macam mana nak hias penutup tu......aku ingatkan nak tutup dengan kain sahaja dan ikat ...tapi nampak macam tak berapa sesuai.......lastly aku buat bentuk sama dengan bunga tadi tapi saiz yang lebih besar mengikut saiz penutup botol....(yang itu aku akan tunjuk untuk next post)

PS:tak sesuai untuk simpan bahan-bahan masakan...

1 comments:

nadia said...

hi , great job! u ni mmg creative la.

Post a Comment