Burung

Hari ni nak cuba buat burung pulak....


mula2 lakar kat kertas dulu, kemudian gunting bentuk yang telah dilakarkan tadi....



tekap pada kain dan gunting mengikut bentuk acuan yang telah dibuat.....


jahit keliling burung tadi tapi tinggalkan 2 tempat yang telah ditanda kerana bahagian itu akan dimasukkan stuffing dan juga paruh burung...


memandangkan paruh dan sayapnya kecil sahaja....aku jahit pakai tangan aje...



selepas selesai menjahit....masukkan stuffing tu ke dalam paruh burung....



aku jahit bahagian hujung supaya tidak terkeluar...


kemudian masukkan ke dalam bahagian kepala burung tadi....kemuadian jahitkannya pada bahagian kepala burung......


masukkan stuffing ke dalam badan burung...kalu nak burung nampak gemuk....taruklah banyak-banyak.....tapi jangan sampai susah nak jahit pada bahagian bawah badan burung....


hasil burung yang dah siap.....bahagian sayap juga dimasukkan stuffing dan dijahit pada badan burung...tetapi kalu tak nak letak sayap pun boleh jugak.... selamat mencuba....

0 comments:

Post a Comment